5 Sebab Untuk Bercuti Ke Pulau Pangkor

  • by

Sedang mencari tempat percutian hujung minggu yang menyeronokkan ? Mungkin sesuatu yang lebih tenang berbanding tempat-tempat pilihan pelancong seperti Langkawi dan Perhentian ? Pilihlah Pulau Pangkor, bertempat di pantai barat Semenanjung Malaysia di negeri Perak, hanya 90km dari Ipoh. Pulau ini memiliki segalanya yang anda inginkan untuk bercuti di pulau yang santai dan pemandangan yang menakjubkan. Ini adalah 5 sebab paling utama kenapa perlu pergi Pulau Pangkor..

Lokasi yang bagus

Tidak seperti mana-mana destinasi pantai di Malaysia, Pulau Pangkor agak senang untuk pergi ke sana. Anda boleh memandu atau menaiki bas dari Kuala Lumpur ke pelabuhan feri di Lumut. Dari Lumut ke Pangkor mengambil perjalanan menggunakan feri selama 35 minit dan beroperasi dari 7 pagi hingga 8.30 malam setiap hari. Pangkor juga memiliki lapangan terbang, dengan khidmat Berjaya Air sebanyak tiga kali setiap minggu. Apabila berada di pulau ini, jenis pengangkutan yang paling seronok adalah skuter. Menyewa skuter di sini adalah murah, dan boleh meneroka hampir ke semua kawasan pulau dalam masa 15 hingga 20 minit. Anda juga boleh menaiki kenderaan popular di pulau ini iaitu teksi merah jambu.

Pantai dan sukan air

Keluasan Pangkor hanyalah 8 kilometer persegi, tetapi anda akan terkejut dengan berapa banyak aktiviti yang anda boleh lakukan dan apa yang anda boleh lihat. Sudah tentu, berjemur di bawah sinaran matahari adalah aktiviti paling popular dalam kalangan pelawat untuk habiskan masa terluang, dengan dihiasi bersama nipah dan batu karang. Di sana juga ada dua pulau kecil berdekatan – Giam dan Mentagor – di mana cukup sesuai untuk snorkeling pelbagai hidupan laut seperti batu karang, timun laut dan lain-lain lagi. Jika anda seorang yang suka mengembara, ambil kayak dan kayuh mengelilingi pulau ini. Pasir Bogak adalah sebuah pantai yang popular, hanya terletak 2km dari Bandar Pangkor dan ia tempat yang bagus untuk jet ski dan parasailing.

Makanan

Dengan tangkapan ikan tempatan yang berkembang maju, tidak peliklah jika pilihan makanan berasaskan hidupan laut begitu banyak. Tangkapan utama adalah sotong dan ikan bilis. Jualan ikan kering masih menjadi peranan penting dalam ekonomi, di mana orang-orang tempatan selalu menghantar beg-beg yang besar berisi ikan bilis kering ke pelabuhan, dibawa masuk ke semenanjung dan pasaran di sana. Anda berkemungkinan dapat merasai ikan bilis ini bersama dengan nasi lemak pada waktu sarapan. Pada waktu petang, pergi ke restoran bersebelahan dengan pantai dan buat tempahan untuk ikan bakar. Ianya makanan yang lazat sesuai untuk anda sebelum beristirehat pada waktu malam. Dan juga, ianya murah.

Meneroka dengan berjalan kaki

Jika anda ada alergik dengan laut, masih ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan. Anda boleh berjalan mendaki bukit di seluruh pulau dengan tempat pemandangan yang menarik untuk melihat hidupan liar, terutamanya burung enggang. Anda juga boleh memberi makan kepada burung ini setiap hari pada 6.30 petang di Chalet Sunset View. Pemiliknya, Nordin Bakar, telah memberi makan kepada populasi burung enggang di pulau ini selama 12 tahun. Bagi para pencinta alam semulajadi, sila semak laluan hutan di Bukit Teluk Segadas dan Titi Ganung.

Pulau Pangkor juga mempunyai mercu tanda yang bersejarah yang patut anda lihat. Pulau ini sering dijadikan sebagai tempat barang dagangan di negeri Perak. Sisa-sisa sejarah boleh dilihat di binaan Dutch Fort bertarikh abad ke-17. Sebab disebalik pembinaannya adalah untuk memonopolikan dagangan tin di Perak dan melindungi Penghulu Perak.

Berehat dan nikmatilah

Pangkor Laut menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pulau peribadi ini terletak bersebelahan dengan Pulau Pangkor yang lebih besar dan sibuk. Pusat peranginan tersebut mempunyai 140 villa dan 300 ekar hutan hujan sebagai tempat untuk berseronok. Jika anda ingin berbelanja tanpa had, anda boleh menginap di Pavarotti Suite yang luas. Seorang vokal tenor pernah menyanyi ketika perasmian pusat peranginan ini pada 1994 dan berkata ini merupakan syurga untuk pulau. Selebriti-selebriti yang pernah menginap di sini termasuklah Michael Schumacher, Eric Cantona dan Michelle Yeoh. Pusat peranginan ini akan menguruskan pengangkutan anda pergi dan balik. Untuk maklumat lebih lanjut: http://www.pangkorlautresort.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *