8 Aplikasi Food Delivery Terbaik Di Malaysia

  • by

Kurangkan masalah anda untuk bergerak lebih jauh.

Selari dengan Malaysia bergerak ke arah negara perindustrian sepenuhnya, kawasan bandar akan menjadi lebih sesak. Dengan itu, jadual kerja yang sibuk adalah perkara biasa dan menjadikan masakan rumah adalah satu makanan yang jarang dinikmati pada hari minggu.

Ini menyebabkan naiknya satu peluang baru – servis penghantaran makanan, di mana ianya bisnes yang meningkat dengan pantas untuk berkhidmat bagi mereka yang sibuk dan letih selepas bekerja dan hanya mahu makan di rumah. Dengan makanan dihantar terus ke pintu rumah anda sememangnya menjimatkan masa dan tidak perlu bersusah payah untuk memasak atau makan di luar.

Kami akan nyatakan untuk anda servis penghantaran makanan tempatan yang terbaik untuk anda pilih.

8 Servis Penghantaran Makanan yang Terbaik di Malaysia

  • dahmakan – penghantaran makanan yang jimat ( juga terima tunai, paypal, boleh buat tempahan tanpa kredit kad)
  • Cooked – penghantaran makanan untuk parti
  • The Rebellious Chickpea – penghantaran makanan untuk diet karbohidrat yang rendah
  • Yumcious – penghantaran makanan untuk kawasan Kuala Lumpur
  • Food Panda – penghantaran makanan 24 jam
  • GrabFood – aplikasi penghantaran makanan
  • The Naked Lunchbox – sesuai untuk vegetarian dan untuk turunkan berat badan
  • Epic Fit Means.co – sesuai untuk keto diet

Tengok apa yang berlaku apabila kamu cuba gunakan servis penghantaran makanan yang popular di Malaysia.

dahmakan

Penghantaran makanan yang jimat – tidak memerlukan kredit kad (terima tunai dan paypal)

Serendah RM14.90

Jika ada sesuatu perkara yang dahmakan dikenali, adalah gaya mereka masak masakan rumah yang dimasak oleh tukang masak 5 bintang. Menyediakan makanan untuk anda pada makan tengah hari dan malam, anda boleh pilih dari menu di mana mereka menawarkan dari masakan jenis tempatan hingga ke jenis barat.

Bahan-bahan juga adalah segar dan diperoleh dari sumber terdekat, jadi anda bayar juga untuk kualiti bahan dan tiada servis caj  penghantaran di sekitar kawasan Klang Valley. Tambahan lagi, anda boleh dapatkan diskaun dan manfaat dengan pilihan langganan mereka.

dahmakan menawarkan pembayaran yang fleksibel; anda boleh bayar secara tunai ketika penghantaran, banking dalam talian dan paypal selain kad kredit.

Cooked

Servis penghantaran untuk parti

Serendah RM18.00 setiap kotak

Cooked dikawal selia oleh sekumpulan usahawan dan tukang masak 5 bintang, jadi anda dijamin dengan makanan yang berkualiti. Mereka dikenali dengan makan tengah hari dan katering bufet di mana pelbagai jenis makanan dalam menu pada harga yang berpatutan. Ini adalah berita baik untuk hos parti!

The Rebellious Chickpea

Penghantaran makanan untuk karbohidrat yang rendah

The Rebellious Chichpea menyasarkan pemakan secara sihat dengan menu mereka yang inovatif dan ditukar pada setiap minggu. Walaupun anda dalam diet yang spesifik seperti karbohidrat yang rendah, anda boleh mencari makanan yang sesuai dengan keperluan anda.

Liputan penghantaran mereka adalah sekitar Klang Valley dan sebaiknya anda mengikuti halaman Facebook mereka untuk mengetahui menu mingguan mereka.

Yumcious

Penghantaran makanan sekitar kawasan Kuala Lumpur

Serendah RM6.00

Jika anda tinggal di Kuala Lumpur dan mencari pelbagai jenis masakan rumah untuk di hantar ke rumah anda, boleh cuba Yumcious. Platform ini membantu anda dalam memilih pelbagai masakan rumah seperti Udang Asam Jawa dan Nasi Lemak Vegan. Sila ambil perhatian bahawa penghantaran adalah percuma untuk tempahan minima RM15

Food Panda

Penghantaran makanan 24 jam – sesuai untuk pelajar, keluarga dan orang tua

Harga dari gerai hingga ke restoran

Food Panda adalah induk kepada kesemua servis penghantaran makanan di Malaysia. Mereka juga merupakan servis penghantaran makanan terbesar dalam talian di Malaysia dengan kerjasama lebih 700 outlet dan beroperasi di 6 bandar Malaysia termasuklah Penang, Putrajaya dan Johor Bahru.

Pilihan makanan menjadikan servis ini bagus untuk sarapan dari siang ke malam, untuk mana-mana pelajar, keluarga dan orang tua di mana setiap orang boleh memesan makanan yang dinginkan. Ia juga memiliki aplikasi dalam Apple dan Google App Store untuk memudahkan para pelanggan.

Grab Food

Penghantaran makanan dengan cop makanan dan kod promosi – ada aplikasi yang bagus

Bergantung pada restoran tertentu

Grab Food menggunakan rangkaian pengangkutannya dan logistik untuk memastikan makanan anda sampai dengan cepat. Untuk pilihan makanan, banyak peniaga-peniaga makanan yang anda boleh pilih yang makin meluas pada setiap hari. Grab Food juga menawarkan kod promosi khusus yang banyak dan menggunakan Grab Rewards Food Stamp untuk tawaran yang lebih menarik.

The Naked Lunchbox

Penghantaran makanan untuk vegetarian – juga sesuai untuk turunkan berat badan

Dari RM15.90

Jika anda mencari pilihan yang bagus berkenaan dengan makanan sihat, anda akan suka dengan Naked Lunchbox. Selain dari makanan yang sihat berasaskan protein, servis ini juga menawarkan makanan mentah, paleo dan vegan di mana rendah dalam garam dan tiada gula.

Penghantaran mereka di sekitar Klang Valley dan sebahagian Selangor, jadi pastikan anda periksa sama ada anda berada dalam kawasan atau tidak sebelum memesan makanan. Walaupun tiada minima dalam memesan makanan, kadar caj penghantaran antara RM5 hingga RM15 diguna pakai bergantung pada kawasan penghantaran.

Epic Fit Meals Co.

Penghantaran untuk diet keto

Serendah RM12.80

Terinspirasi dari makanan sihat Autralia, Epic Fit Meals.com menawarkan sejumlah besar jenis makanan sihat yang sesuai dengan gaya hidup anda. Makanan sihat untuk diet khusus seperti diet ketosis juga ada dalam menu mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *