Blue Lagoon, Port Dickson – Tempat Menarik Yang Tersembunyi

  • by

Blue Lagoon Port Dickson (juga dikenali sebagai Tanjung Biru) adalah sebuah pantai yang kecil tapi sangat menarik di kawasan Port Dickson. Ianya terletak kira-kira 17 kilometer dari selatan bandar Port Dickson di mana ianya popular tetapi lebih terpencil berbanding dengan pantai-pantai lain di sekitar kawasan ini.

Pada hujung minggu mungkin agak sibuk tapi cuba pilih pada hari minggu dan anda mungkin dapat melawat pantai yang indah ini!

Ianya berdekatan dengan Hutan Simpanan Tanjung Tuan di mana kedua-duanya mempunyai persekitaran yang cantik dan terdapat hidupan liar untuk disaksikan seperti tupai dan monyet.

Ini merupakan pantai kegemaran saya di Port Dickson kerana ianya cantik dan terasa seperti jauh ke pendalaman – walaupun ianya senang untuk masuk.

Walaupun pada hari yang sesak, pantai Blue Lagoon di Port Dickson terasa tenang dan jauh dari masalah oleh kerana persekitarannya penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Di sana juga ada pokok-pokok yang besar bersebelahan dengan pantai yang boleh digunakan sebagai tempat berteduh semulajadi.

Air pantai sangat tenang dan agak cetek disebabkan pasir semulajadi yang terkumpul di mana ianya melindungi kawasan teluk di situ.

Ini membuatkan Blue Lagoon PD menjadi tempat yang sesuai bagi mereka yang tidak boleh berenang dan yang bersama keluarga. Kanak-kanak akan menyukai kolam batu di situ yang terbentuk apabila air surut.

Terumbu karang kecil boleh didapati di situ juga boleh menjadi tarikan kepada para penyelam. Blue Lagoon Port Dickson juga mempunyai kemudahan-kemudahan yang bagus seperti tandas, pusat membeli dan gerai-gerai di pasar. Anda boleh bercuti untuk beberapa hari di sini atau terus sambung percutian anda dengan melawat Cape Rachado.

Di sana juga ada taman permainan.

Anda boleh menonton video di bawah bagaimana keadaan Blue Lagoon. Sila ambil perhatian bawah saya rekod video ini pada pagi hari Isnin. Anda mungkin tidak bertuah sangat untuk melihatnya kosong! Jika anda tertanya-tanya adakah Blue Lagoon berbaloi dengan masa anda ketika anda berada di Port Dickson, jawapannya dalah ya! Ini adalah pantai yang saya syorkan untuk anda pergi jika anda tidak berminat dengan sukan air!

Saya juga syorkan anda untuk elak daripada pergi apabila air surut – ianya tidak seindah seperti diperkatakan.

Di mana untuk cari Blue Lagoon Port Dickson

Hotel Blue Lagoon Port Dickson

Jika anda teringin menikmati percutian di pantai yang menakjubkan, kenapa tidak bermalam bersebelahan dengan pantai Blue Lagoon ?

Pusat Peranginan PNB Ilham

Pusat Peranginan PNB Ilham merupakan pilihan yang bagus dengan bilik dan pangsapuri ala-ala hotel bersebelahan dengan pantai.

Klik di sini untuk ketahui harga terkini.

Pelbagai jenis bilik disediakan dari bilik ala-ala hotel sehingga tiga bilik pangsapuri akan menjadikan pilihan yang ideal untuk pasangan, kawan-kawan atau keluarga. Bilik-bilik tersebut didatangi dengan pelbagai kemudahan sedia ada seperti TV dan kemudahan membancuh the dan kopi.

Kemudahan-kemudahan lain yang menarik termasuklah kolam renang, gimnasium, meja tenis dan karaoke. Jika anda lapar atau atau dahaga, di situ juga ada bar, servis bilik dan beberapa pilihan makanan yang lain.

Dan kesemuanya ini, yang paling terbaik, adalah bersebelahan dengan Blue Lagoon!

Lexis Hibiscus hanya beberapa minit perjalanan dari Blue Lagoon dan merupakan pilihan utama kami untuk bermalam di kawasan Port Dickson.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Klik di sini untuk ketahui harga terkini Lexis Hibiscus.

Baca lebih lanjut tentang pantai-pantai di Port Dickson di sini atau cari kesemua panduan Port Dickson kami di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *