Cara Beli Tiket AirAsia Murah 2019/2020

  • by

Kadang-kadang rasa rugi naik flight sebab poket tengah kosong, rasa macam mahal sangat harganya. Akhirnya buat keputusan naik bas dari KL ke Penang sedangkan tempoh perjalanan adalah 5 jam lamanya. Kalau tiket flight murah, dah lama aku beli tiket kapal terbang. Begitulah situasi yang sering dialami oleh pelajar-pelajar universiti dan juga mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.

Jangan risau, sebenarnya anda masih mampu untuk menaiki flight kerana masih ada cara untuk mendapatkan tiket AirAsia murah.  Biar betul boleh beli tiket AirAsia dengan harga murah? Jom lihat cara beli tiket AirAsia murah 2019 / 2020 ini.

#1  Belian Tiket Terlebih Awal

Percaya atau tidak, AirAsia sering menawarkan harga tiket yang sangat murah pada 6 bulan atau 12 bulan sebelum tarikh perjalanan lokasi tersebut. Bermaksud anda perlu membuat belian awal 6 atau 12 bulan sebelum perjalanan yang anda inginkan. Itulah pentingnya merancang perjalanan dengan lebih awal, barulah dapat tiket AirAsia yang murah. 

#2  Booking Pada Tengah Malam

Tahukah anda, cara beli tiket Air Asia murah adalah booking pada tengah malam.  AirAsia sering menawarkan harga promosi dan diskaun pada tengah malam terutamanya 3 pagi sehingga 6 pagi. Ada sahaja promosi atau potongan harga pada waktu itu.

Jangan pula anda tunggu sampai 7 pagi, ketika itu harga sudah pasti menjadi tinggi semula. Bukan itu sahaja, sistem juga menjadi tergendala akibat ramai yang akses pada waktu tersebut.

#3  Clear Cache Sebelum Masuk Website AirAsia

Ramai yang menyarankan untuk kita clear cache atau hilangkan history dan jejak kita ke website AirAsia sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, apabila kita pernah memasuki website AirAsia untuk apa-apa transaksi atau hanya melihat-lihat sebelum ini, mereka telah menjejak kita dan menyimpan sebagai database prospek.

Sekiranya anda melawat semula ke laman sesawang mereka pada kali kedua atau seterusnya, anda akan mendapati harga yang ditawarkan akan meningkat.  Oleh itu, pentingnya untuk anda clear cache supaya anda dilihat sebagai pengguna baru yang ingin menggunakan servis Air Asia. Itulah cara beli tiket Air Asia murah yang penting juga untuk anda cuba.

#4  Pilih Hari Dan Masa Yang Tepat

Bagaimana cara beli tiket AirAsia murah dengan hanya mengetahui masa serta hari yang tepat untuk penerbangan?  Selalunya hari selasa, rabu dan khamis adalah hari yang tepat untuk anda membuat pembelian kerana ia lebih murah. 

Untuk masa pula, ia bergantung kepada destinasi anda, selalunya penerbangan awal pagi atau lewat malam akan mendapat harga tiket yang lebih murah. 

#5  Elak Beli Tiket Dengan Beberapa Tempat

Ya, jangan beli tiket AirAsia dengan mana-mana kiosk atau pusat beli-belah. Mereka menjual tiket flight yang lebih mahal berbanding harga asal. Tidak semua, bergantung kepada jenis-jenis agensi juga.

#6  Subscribe, Like Dan Jadi Follower Syarikat Penerbangan

Anda akan menjadi orang pertama yang tahu sekiranya menjadi follower syarikat penerbangan tersebut. Jika tidak, berita yang dikongsikan oleh saudara mara anda berkaitan promosi Air Asia pasti sudah terlambat.

#7 Lapangan Terbang Dan Perjalanan Alternatif

Ramai orang tidak tahu akan cara beli tiket Air Asia murah ini. Sebenarnya, pilih sahaja mana-mana tiket ke destinasi anda yang murah walaupun ia tidak terus tiba di sana. Anda boleh lakukan perjalanan alternatif dan dapat jimat dengan lebih banyak.

Sebagai contoh, Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) mengambil masa selama 30 minit perjalanan untuk bertemu.  Jika dibandingkan harga tiket penerbangan dari KL ke Yogyakarta, ia adalah RM79 manakala tiket penerbangan KL ke Solo pula berharga RM59. Kos antara Solo ke Yogya pula amat rendah iaitu RP10 ribuan (RM4). Jimatkan?

#8  Gunakan Kad BigPay

BigPay adalah sejenis kad topup yang boleh anda gunakan untuk melakukan transaksi seperti membeli barang dari lazada atau website lain yang mempunyai transaksi bayaran dari BigPay, membeli tiket Air Asia dan lain-lain lagi.  

Jangan terkejut kerana kad BigPay ini membolehkan anda menambah butiran kad sehingga 15 kad kredit atau kad debit anda ke akaun anda bagi mempercepatkan proses pembayaran dan pembelian.  Menariknya, kad topup ini boleh digunakan di seluruh dunia tanpa sempadan.

Bagaimana Kad BigPay Dapat Mengurangkan Harga Tiket Air Asia?

Sekiranya anda membuat pembayaran tiket Air Asia direct melalui kad kredit atau kad debit, ia akan dikenakan caj processing fee sebanyak RM 16, daripada murah, harga tiket anda turut akan menjadi lebih yang perlu dibayar. Begitu juga dengan kad debit. Namun, penggunaan kad Big Pay akan menjimatkan anda kerana tidak perlu membayar wang processing fee sedikit pun. Ianya percuma.

Salah satu kelebihan kad Big Pay ini juga adalah apa sahaja transaksi yang anda gunakan seperti bayar barang belian dari Lazada, Shopee, Tesko, Giant atau mana-mana kedai yang mempunyai logo Mastercard, anda akan turut menerima point. Beli tiket kapal terbang atau apa sahaja pun boleh dapat point. Kad ini tidak ada tarikh luput malah membolehkan anda jimat dengan point.

BIG points Air Asia ini akan menjadikan tiket Air Asia yang anda beli lebih murah. Semakin banyak point, semakin murah tiket Air Asia yang anda perlu bayar. Kad Big Point Air Asia ini juga boleh anda gunakan di luar negara untuk membeli-belah, malah nak keluarkan duit di ATM luar negara pun hanya akan dikenakan caj RM 10.

Ia bukanlah berkonsep kad kredit dimana anda perlu menghubungi bank untuk memaklumkan anda ke luar negara. Anda boleh terus gunakan kad Big Point ini dimana sahaja anda berada.

Cara Buat Kad BigPay

  1. Muat turun aplikasi BIG PAY dari Play Store atau App Store anda.
  2. Mohon kad Big Pay dari Aplikasi Big Pay anda.
  3. Gunakan kod YHJI9G720A untuk dapatkan *RM10 PERCUMA* dari Air Asia.
  4. Topup RM 20 untuk aktifkan kad Big Pay anda.
  5. Apabila kad telah aktif, jumlah yang terdapat di dalam kad adalah RM 10 (dari referral code) dan RM 20 yang telah kita topup.
  6. Kad debit Big Pay anda akan dihantar kepada anda dalam masa 2 minggu lagi.
  7. Boleh terus gunakan kad tersebut untuk beli tiket Air Asia murah dan lain-lain transaksi lagi.

#9  Jangan Guna Kad Kredit Dan Debit 

Zaman kad kredit dan debit sudah berlalu dimana anda perlu menjadi celik wang untuk lebih berjimat dan mendapatkan sesuatu dengan kadar rendah.  Cara beli tiket Air Asia murah dengan menggunakan Big Point adalah kunci utama harga tiket anda menjadi lebih murah.

Jangan sesekali guna kad kredit ataupun debit kerana anda tetap akan dicaj dengan yuran perkhidmatan. Ia akan menjadikan jumlah bayaran anda tinggi.

Itulah dia 9 cara beli tiket AirAsia murah yang boleh anda ikuti. Cuba amalkan mana-mana kaedah yang memudahkan anda dan keluarga. Lebih menguntungkan dan menjimatkan, daftar kad BigPay untuk mengubah cara pengurusan wang percutian anda. Pasti ianya lebih berbaloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *