Kula Cakes, Tempat Makan VIRAL Di Kuantan Wajib Singgah!

  • by

Siapa tak kenal kedai kek viral di Kuantan, Pahang yang sering disebut-sebut oleh peminat kek tu? Mereka yang bukan peminat kek pun pasti terliur melihat gambar-gambar kek dari Kula Cakes yang sering terpapar di media sosial. Tergugat nafsu makan kami sebagai peminat kek ni! Itulah dia Kula Cakes, tempat makan viral di Kuantan yang wajib anda singgah. 

Kula Cakes yang bertempat di Kuantan ini dikenali ramai sejak dahulu lagi dimana ia telah dibuka oleh seorang bekas Pensyarah iaitu Farisha atau lebih dikenali sebagai Lila Wadi pada tahun 2011.  Sambutan pengunjung Kula Cakes amat menggalakkan dan rata-rata pengunjung yang singgah menikmati hidangan kek pasti berpuas hati! Pendek kata, memang sedap sangat kek Kula Cakes.

Kedai Kek Unik Dan Menarik

Kula kek adalah sebuah kedai kek yang unik kerana ia menawarkan menu pelbagai jenis kek.  Bermula dari brownies sehinggalah kek premium yang amat sedap dan sesuai dengan selera tekak semua orang.  Kek yang ditawarkan di sini juga tidak pernah mengecewakan dimana pengunjung takkan bosan untuk mencuba dan mencuba.

Pada mulanya, pemilik Kula Cakes hanya menjual Mango Cheese Cake secara online sahaja. Namun, apabila permintaan tinggi di sekitar Kuantan, beliau akhirnya membuka kedai Kula Cakes yang sentiasa meriah dengan pelanggannya sehinggalah sekarang.

Juga amat menarik kerana kedai Kula Cakes bertempat di sebelah jalan yang mempunyai koleksi lukisan indah dan menarik sebagai tatapan anda juga sebagai tempat mengambil gambar yang cantik. Justeru, Kula Cakes memang menjadi perhatian ramai anak muda atau mereka yang suka bergambar terutamanya bergambar sambil makan.

Suasana Kula Cakes Santai Dan Tenang

Kalau nak ke Kula Cakes, kena datang awal supaya sempat dapat tempat duduk. Maklumlah terlalu ramai pengunjung Kula Cakes tambah-tambah lagi pada hujung minggu. Suasananya juga amat menyeronokkan dan tenang, sesuai untuk anda memanjakan diri menikmati kek paling sedap tanpa gangguan.

Tidak hairanlah Kula Cakes memang viral dan terkenal, kedainya pun cantik dengan pelbagai dekorasi menarik dan indah.  Anda boleh bergambar di beberapa sudut yang disediakan di Kula Cakes ini. Cuma bawa diri dan perut je datang ke sini. Konsep kedai kek ini sama seperti kedai Secret Recipe yang membolehkan anda walk in beli bungkus atau makan di kedai.

Kerusi dan meja makan yang disediakan adalah berkonsepkan santai sempena dengan tempat makannya iaitu di antara kedai Kula Cakes dan bangunan di  sebelahnya. Sambil makan, anda boleh menikmati keindahan dan kesenian lukisan dinding yang dipaparkan. Malah, dekorasi kedai Kula Cakes ini turut sering menjadi latar belakang untuk pengunjung bergambar dan berselfie.  Hiasan dan dekorasinya amat cantik, kemas dan tersusun.

Ramai orang Kuantan cakap, kalau datang ke Pahang wajib singgah di Kula Cakes. Kalau tak singgah memang rugi sebab kesedapan kek di sini tidak dapat dinafikan lagi. Pergi Kuantan semata-mata nak ke Kula Cakes pun tiada masalah, tapi kena pastikan Mango Cheese Cake memang ada stok! 

Mango Cheese Cake Kula Cakes

Paling Terkenal, Viral Dan Sedap Lain Dari Yang Lain

Ramai orang tertunggu-tunggu untuk merasai Mango Cheese Cake yang merupakan hidangan signature dan istimewa dari Kula Cakes. Sungguh sedap tak dapat digambarkan mengalahkan resepi Mango Cheese Cake yang lain. Mango Cheese Cake di sini boleh dikatakan hidangan mango cheese kek terbaik di Malaysia.

Telah menjadi tular apabila ramai pengunjung sanggup beratur sehingga ke luar kedai semata-mata nak dapatkan Mango Cheese Cake ini. Memang terbaiklah! 

Warnanya sahaja sudah membuatkan kita tertarik, apatah lagi rasanya yang lemak berkrim, sederhana manis-manis buah, tekstur yang gebu dan tidak terlalu lembik atau keras.  Menariknya, krim keju mango cheese cake ini tidak memuakkan langsung walau dimakan dengan banyak.

Ia turut dilengkapi dengan Jus Mango khas untuk dimakan bersama kek.  Pergh, memang tak boleh nak lupa kek ni! Saiz dan harga kek adalah lebih kurang macam makan dekat Secret Recipe, satu slice RM7.50 ke atas. Kira lebih murah sebenarnya tapi kualitinya memang sama taraf macam Secret Recipe. Untuk Mango Cheese Cake tu, itu sangat terbaik dari kek-kek yang lain!

Kalau kena beratur panjang-panjang pun, peminat kek pasti sanggup! Realitinya, ada yang sanggup datang dari KL, Penang dan lain-lain negeri lagi semata-mata nak rasa kek Cheese Mango Kula Cakes ini.

Menu Lain Terbaik Yang Boleh Di Nikmati Di Kula Cakes

Tak kenal maka tak cinta! Kalau tak tahu menu lain yang ada di Kula Cakes, memang tak rasa nak makan. Tapi kalau anda tahu apa yang disediakan di sini, hampir semua kek anda rasa nak makan.

Antara menu kek lain di sini adalah Red Velvet, Brownies, Victoria Cheese, Crème Brulee, Pavlova, Kek Lobak, Toblerone Cheesecake dan lain-lain lagi. Durian Cheese Cake pun ada tau, tapi bergantung kepada musim durian.  Pencuci mulut menarik ini sesuai dinikmati pada petang hari bersama pasangan, kawan-kawan mahupun keluarga anda.

Selain dari dessert, terdapat minuman istimewa yang turut disediakan di sini seperti Air Pandan Cooler, Iced Cocoa dan juga Kopi.  Ia amat sesuai digandingkan dengan rasa kek yang manis dan enak.

Tips Beli Kek Dari Kula Cakes

Memandangkan kedai Kula Cakes ini amat kecil, anda boleh mengambil tempat duduk dahulu terutamanya jika datang bersama keluarga atau anak kecil. Untuk pengetahuan anda, Kula Cakes tidak mesra pengguna bayi kerana keadaan tempat makan berada di luar dan amat terhad. Kemudian, bolehlah beratur mengambil order sementara anak duduk mengambil tempat.

Oh ya, pastikan telefon bimbit anda penuh dengan bateri! Bukan apa, pasti teruja melihat Kula Cakes yang cantik dan menyelerakan ini, bolehlah ambil gambar buat kenang-kenangan.  Lain kali boleh datang lagi atau ajak kawan-kawan pula.

Cara Ke Kula Cakes, Kuantan

Kula Cakes dibuka pada setiap hari kecuali isnin. Anda boleh mula datang dari 11 pagi sehinggalah 6.30 petang. Jika nak tempah kek untuk apa-apa event atau nak beli kek mengikut unit penuh, anda perlu menghubungi mereka terlebih dahulu.  

Lokasi nak ke sini adalah ia betul-betul berhadapan dengan Taman Rekreasi Teruntum. Ia berada di sebelah Sungai Kuantan. Boleh dikatakan, ia juga berhampiran dengan Kuantan Parade dan Hospital Kuantan (HTAA).

Alamat Kula Cakes: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Jangan bawa kereta laju-laju, takut terlepas pandang nanti. Ikut sahaja waze atau google maps, memang anda takkan tersesat.  Cuma berdoa sahaja supaya mudah jumpa parking sebab kedai kek ini di sebelah jalan, nak tak nak, kena cari parking yang sesuai dulu. Yang penting tak rugi datang ke sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *