Marrybrown Malaysia Menyediakan “Korean Sensasi” SEKARANG!

  • by

Pencinta-pencinta Ayam Goreng Korea akan bergembira di mana restoran tempatan yang halal pertama dan terbesar di Malaysia bagi francais makanan segera, Marrybrown® mengembalikan promosi hangat “Korean Sensasi” pada bulan ini! Dengan kombinasi dua Ayam Terhangat, Kepak Ayam Terhangat dan Burger Ayam terhangat, peminat-peminat kombinasi ini akan dapat menikmatinya mulai sekarang sehinggalah 1 September 2019 di kesemua outlet seluruh Malaysia.

Dikembalikan atas permintaan yang cukup popular, kombinasi Korean Sensasi Ayam Terhangat menyediakan ayam Marrybrown® yang lembut dan rangup disaluti dengan sos asli pedas Korea – kombinasi yang cukup sempurna untuk selera mereka yang inginkan rasa manis dan pedas! Makanan yang lazat ini juga memberikan cabaran untuk tahap kepedasan anda , di mana anda akan dapat merasai kehangatan yang pedas tapi lazat pada gigitan pertama anda.

Untuk sempurnakan pengalaman anda bersama “Korean Sensasi”, setiap set makanan ini disertakan dengan kentang goreng yang rangup dan minuman ringan. Dengan berlangsungnya promosi ini, Marrybrown® juga mengadakan pertandingan dalam talian di halaman media sosial mereka sehingga 26 Ogos 2019 – cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang”  yang menarik bagi membuatkan peminat-peminat bersemangat dan teruja untuk turut menyertai.

Untuk maklumat lanjut tentang cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang” atau mana-mana promosi Marrybrown®, sila layari https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *