McDonald’s Malaysia mengembangkan rangkaian McDelivery

  • by

McDonald’s Malaysia melebarkan servis McDelivery bagi menyertai potensi perkembangan dalam servis penghantaran.

Kawasan dan liputan Mcdelivery akan diluaskan lagi kepada 310 tempat penghantaran bagi tiap tahun dan 90 peratus restoran akan beroperasi dengan servis McDelivery pada tahun 2025.

Buat tempahan McDonald dengan kemudahan sedia ada pada anda akan menjadi lebih mudah dengan pelebaran sayap McDelivery yang meluas oleh McDonald’s Malaysia. Disertakan bersama dengan aplikasi mudah alih baru daripada McDonald’s, menambahkan lagi tempat penghantaran di seluruh negara termasuklah dengan kerjasama strategik bersama FoodPanda, pelanggan-pelangan sekarang boleh membuat tempahan makanan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana tempat sekalipun.

Pelebaran kawasan dan liputan adalah hasil daripada kefahaman McDonald’s tentang perubahan pengguna semasa yang mengikut trend terkini dan juga perubahan dalam landskap bisnes di mana telah membuka peluang untuk menghantar makanan-makanan McDonald’s kegemaran mereka, pencuci mulut atau minuman McCafe dengan memanfaatkannya dalam e-dagang.

Dengan pelebaran rangkaian McDelivery dan kolaborasi bersama FoodPanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan yang agak ketara dalam keuntungan melalui McDelivery di mana ianya menjadi saluran bisnes yang berkembang begitu pesat untuk syarikat. Dari Januari hingga June 2018, McDelivery telah direkodkan dengan 80 peratus kadar perkembangan berbanding dengan jangka masa yang sama pada tahun lepas.

Aplikasi baru mudah alih McDonald’s, di mana ianya boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, adalah bukan sebuah aplikasi untuk membuat tempahan semata-mata. Ciri-ciri menarik yang lain termasuklah tawaran eksklusif harian dan promosi untuk pelanggan, fungsi untuk tempahan bagi parti hari lahir, carian restoran, fungsi memohon kerja, berita-berita terkini dan maklumat daripada McDonald’s, dan juga fungsi maklum balas daripada pelanggan.

Bukan itu sahaja, pelanggan-pelanggan McDonald’s juga akan ditawarkan dengan promosi secara peribadi dalam aplikasi berdasarkan pembelian terdahulu dan demografik untuk memastikan mereka menerima tawaran yang cukup relevan.

Tambahan pula, peminat-peminat setia McDonald’s boleh bergembira di mana McDelivery boleh didapati dalam 24 jam sehari sekarang.

Naik presiden/ketua pegawai pemasaran, Melati Abdul Hai,  berkata bahawa pelebaran McDelivery adalah hasil daripada kenaikan dalam permintaan, sebahagian besarnya disebabkan oleh perilaku dan gaya hidup pengguna termasuklah dengan perubahan dalam landskap bisnes yang sentiasa berkembang.

Hari ini, rakyat Malaysia mendapati bahawa susah untuk keluar bagi mendapatkan makanan kerana dengan jadual mereka yang padat. Sama ada mereka ada dalam mesyuarat, kesesakan trafik atau lebih memilih untuk berehat di rumah, mereka sepatutnya diberi pilihan di mana dan bagaimana mereka boleh menikmati makanan kegemaran mereka.

“Sebahagian daripada plan pelebaran, McDonald’s komited untuk jalankan projek sebelum ini yang belum selesai bagi mencapai matlamat kami, seperti memiliki lebih 310 tempat penghantaran pada hujung tahun ini,” katanya bawah dengan adanya strategi jangka panjang itu adalah untuk lengkapkan 90 peratus restoran McDonald dengan servis McDelivery pada 2025.

Perjanjian yang strategic bersama FoodPanda akan kembangkan lagi McDelivery ke kawasan yang lebih jauh untuk pelanggan-pelanggan McDonald’s di seluruh negara, merangkumi kawasan-kawasan baru melalui servis penghantaran FoodPanda yang luas.

Melati menambah bahawa dengan adanya FoodPanda sebagai rakan kongsi yang terbesar, McDonald’s teruja dimana dapat menggunakan rangkaian yang lebih luas yang FoodPanda telah bina bagi mencapai lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan FoodPanda Malaysia, Sayantan Das berkata, “Kami sangat teruja dengan adanya McDonald’s Malaysia di dalam platform FoodPanda. Perjanjian strategik ini adalah selari dengan misi kami untuk membawa makanan yang lazat kepada pelanggan-pelanggan McDonald’s setiap hari supaya mereka berpuas hati menikmatinya tidak kira di rumah ataupun pejabat.”

Sebagai agregat makanan menjadi semakin relevan, McDonald’s mencari lagi untuk berkolaborasi dengan mana-mana pengendali dari pihak ketiga pada masa akan datang.

Logo baru McDelivery juga dikongsikan dengan rakan-rakan media ketika acara berlangsung, dengan harapan untuk memberi senyuman kepada pelanggan-pelanggan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *