9 Sebab Anda Perlu Makan Di Restoran Mohd Chan. Wajib Baca!

  • by

Jika ditanya kepada orang ramai, kebanyakan persepsi orang melayu Muslim terhadap masakan cina adalah was-was akan ramuan dan bahan resepi yang digunakan. Namun, kehadiran Restoran Mohd Chan sepanjang 10 tahun ini sama sekali telah mengubah persepsi masyarakat melayu Muslim terhadap masakan cina. Sekarang, kalau tak dapat masakan cina selama sebulan pun dah rasa gelabah tak sabar nak makan.

Bagi anda yang belum merasai masakan cina Muslim di Restoran Mohd Chan pasti tertanya-tanya, apa yang menariknya restoran ini. Restoran makanan cina Muslim yang telah mempunyai kira-kira 14 cawangan di seluruh Malaysia ini pasti mempunyai rahsianya tersendiri sehingga menjadikannya begitu berjaya.

Dengar kata, dahulunya ia bermula dengan sebuah cawangan di Bukit Beruntung. Untunglah sekarang sudah berkembang dengan banyak cawangan, kita nak makan pun boleh ke mana-mana sahaja cawangan yang kita suka.  Harap-harap ada satu yang terdekat dengan kawasan rumah!

Banyak rating diberikan di media laman sosial Restoran Mohd Chan ini. Rata-rata berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan yang disediakan di sini. Ada juga yang sanggup kembali makan di sini dengan membawa rakan-rakan atau keluarga pula. Jom lihat 12 sebab anda perlu makan di Restoran Mohd Chan di Malaysia ini.

#1  Restoran Masakan Cina Muslim Terkenal Di Malaysia

Inilah satu-satunya restoran masakan cina Muslim yang terkenal dan pernah viral di Malaysia. Bermaksud ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding dengan restoran cina Muslim yang lain. Ia terbukti kerana bukan sahaja kaum melayu Islam yang menikmati juadah di sini tetapi ramai kaum bukan Islam juga memilih untuk makan di sini.

Apabila ternampak ramai-ramai makan di sini, pasti itu menjadi salah satu sebab kenapa anda perlu makan di restoran Mohd Chan ini. Tak salah mencuba, apatah lagi jika anda seorang food hunter.

#2  Pelbagai Pilihan Menu Makanan Dan Minuman

Terdapat banyak menu makanan yang boleh anda pilih di sini, pastinya kebanyakan adalah menu masakan cina yang sedap dan berkhasiat. Ramai yang nantikan Dim Sum Mohd Chan seperti wong Fong Dim Sum dan Shark Fin Dim Sum.  Selain daripada Dim Sum, hidangan seperti Nasi Goreng, Tomyam Noodle, Lotus Leaf Rice, Siew Bao dan masakan panas yang lain turut disediakan.

Menu ala carte juga disediakan. Anda bebas memilih apa sahaja menu kerana terdapat banyak jenis menu yang pastinya menjadi citarasa anda.  Makanan di sini pula kebanyakan sesuai untuk anda yang diet ataupun menjaga pemakanan kerana ia dimasak dengan rempah dan herba cina terbaik.

Antara masakan panas adalah menu-menu istimewa telur, daging, ayam, ikan dan seafood.  Anda boleh merasai pelbagai hidangan seafood yang boleh dimakan bersama nasi seperti Ikan Stim ‘Choy Po’, Pari Bakar Ala Portugis, Famous Chili Crab, Udang Salted Egg, Kam Heong Lala, Sotong Thai Chili Lime dan banyak lagi.

Selain dari menu makanan, minuman yang terdapat di sini juga memang super fresh! Anda boleh menikmati jus buah-buahan asli seperti kedondong, asam boi, epal dan lain-lain lagi.  Semuanya bakal membuatkan tekak anda segar dan puas.

#3  Selera Tekak Melayu Dan Semua Bangsa

Kenapa sekali datang, pasti nak datang lagi? Sebab semua masakan Restoran Mohd Chan ini memang menepati selera semua orang. Baik melayu, cina, india dan juga bangsa yang lain. Atas permintaan ramai, Restoran ini telah berkembang di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebab anda perlu makan di Restoran Mohd Chan ini pastilah kerana ia juga bakal menambat citarasa anda. Jika anda mahukan makanan berkonsepkan nasi, mee, bihun, kuew tiow dalam versi cina yang halal, di sinilah tempatnya. Tak lupa juga dengan dim sum yang menjadi kegemaran ramai.

#4  Harga Yang Berpatutan

Harganya amat berpatutan dan tidak terlalu mahal adalah sebab utama juga anda perlu makan di restoran Mohd Chan. Kiranya makanan Restoran Mohd Chan ini memang berbaloi untuk anda nikmati dengan penuh ketenangan. Amat sedap setimpal dengan bayaran dikenakan membuatkan ramai yang berpuas hati.  Bolehlah datang lagi nanti dengan kawan pejabat pula!

#5  Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Restoran Mohd Chan terdiri daripada Mohd Chan Restaurant, Mohd Chan Dim Sum dan Mohd Chan Express.  Ia dibuka dari pukul 11 pagi sehinggalah 11 malam. Anda boleh lepak lama di sini memandangkan terdapat surau disediakan untuk kemudahan semua.  Atas permintaan tinggi, kini restoran Mohd Chan dibuka di beberapa cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Lokasi Restoran Mohd Chan

  • Ara Damansara
  • Bandar Baru Bangi
  • Bandar Baru Rawang
  • Bukit Sentosa
  • Putrajaya
  • Glenmarie
  • Kelana Jaya
  • Kota Kemuning
  • Meru
  • Ampang
  • Pandan Jawa
  • Shah Alam
  • Taman Melawati
  • Taipan USJ

Mohd Chan Dim Sum

  • Sunway GEO
  • MyTown Shopping Centre (Kiosk)
  • Subang Parade (Kiosk)

Mohd Chan Express 

  • Rawang RNR
  • Rawang Jejantas Sungai Buloh Arah Selatan

#6  Owner Chinese Muslim Dikenali Ramai

Pemilik restoran ini adalah Haji Mohd Chan yang merupakan seorang cina Muslim yang dikenali ramai di Malaysia. Kisahnya banyak terpapar setelah mula memeluk Islam.  Anak dan isterinya juga memeluk Islam sesudah beliau. Restoran Mohd Chan amat diyakini dan mempunyai sijil Halal dari JAKIM. Jadi, anda tak perlu risau lagi untuk mencuba masakan restoran ini.

#7  Restoran Besar Dan Suasana Selesa

Kebanyakan Restoran Mohd Chan amat besar dan sesuai untuk anda dan keluarga besar menjamu selera.  Nak datang bersama anak-anak, menantu, besan dan cucu pun tiada masalah. Malah, ia juga sesuai untuk anda datang bersama rakan-rakan pejabat. Restoran ini juga menyediakan kemudahan surau untuk anda singgah solat sementara menunggu makanan dan sebagainya. Begitu juga dengan tandas.

#8  Servis Dan Perkhidmatan Terbaik

Perkhidmatan yang diberikan oleh Restoran Mohd Chan sememangnya terbaik dan boleh diperbaiki lagi.  Namun, keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan merupakan sebab anda perlu makan di restoran Mohd Chan. Ia banyak memudahkan urusan anda sepanjang berada di sini biarpun datang dalam jumlah keluarga yang ramai.

#9  Banyak Komen Dan Testimoni Positif

Sebelum ke mana-mana kedai yang belum pernah kita ke sana, pastinya kita akan mencari info atau komen berkaitan kedai tersebut. Tambah-tambah kalau kita nak bawa seseorang yang istimewa kan, takutlah nanti ada masalah atau tak selesa pula. Jadi, wajarlah untuk kita semak di internet dan sebagainya.

Inilah sebab anda perlu makan di Restoran Mohd Chan dimana ramai pelanggan mereka memberikan komen dan testimoni positif dan terbaik tentang kedai mereka.  Lega sikit nak bawa orang-orang penting ke sini kan, lagipun Restoran Mohd Chan ini menjadi pilihan ramai pelanggan tak kira apa jua status dan pekerjaan mereka.

Tak sabarnya nak rasa makanan yang sedap-sedap di Restoran Mohd Chan.  Tak sempat datang hari bekerja, kita terjah pada hujung minggu pun jadilah! Sesiapa yang belum cuba makanan di sini, memang tak rugi datang ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *