Servis Penghantaran (Courier) Mana Yang Perlu Anda Guna Di Malaysia?

  • by

Pilihan anda mungkin memberi kesan kepada penghantaran.

Penghantaran lambat sampai? Tiada penghantaran pada hujung minggu? Bungkusan rosak? Jika ini membuatkan anda runsing, jadi ini adalah masanya untuk menggunakan servis kurier yang lain. Terdapat banyak kurier di luar sana menawarkan penghantaran yang sama dengan harga yang serupa, ia boleh menjadi pening untuk memilih yang mana paling terbaik untuk anda.

Jangan bimbang, kami akan ulaskan keperluan anda dalam bentuk yang mudah difahami. Ini merupakan beberapa servis kurier yang bagus bergantung dengan keperluan anda.

1. TNT 

Servis kurier antarabangsa – untuk luar negara.

Jika anda ingin menghantar barang-barang anda ke atau dari negara luar termasuk Asia, Amerika dan Eropah, cuba guna TNT. Mereka menghantar ke lebih 200 negara seluruh dunia dan ada pengalaman sebagai pakar penghantaran global selama 70 tahun, menjadikan mereka boleh dipercayai. Mata bonus – mereka ada kadar peribadi jika anda kerap kali mengirim barang ke luar negara.

2. Pos Laju

Servis kurier (dengan) aplikasi

Poslaju adalah servis kurier yang terbaik di Malaysia yang mempunyai rangkaian paling luas di negara. Ada servis yang mereka tawarkan termasuklah penghantaran hari yang sama, penghantaran hari seterusnya, servis pada waktu tertentu, pos parcel, pos ekspres, pek pos laju dan ambil atas permintaan.

Antara perkara yang paling menarik tentang poslaju adalah anda boleh pantau penghantaran anda dengan mudah melalui pengesan dalam laman web mereka, atau aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play and Appstore.

3. Skynet

Servis kurier untuk bisnes kecil dalam talian

Dengan industri e-dagang yang semakin dikenali, banyak syarikat-syarikat kecil dapat meluaskan lagi bisnes mereka. Dalam kes ini, mereka perlu cuba servis kurier Skynet.

Dengan servis yang luar biasa seperti servis lanjutan, servis kawasan pendalaman, servis hujung minggu dan hari cuti, pelanggan-pelanggan anda tidak perlu menunggu hingga tamat hujung minggu untuk dapatkan barang penghantaran mereka.

4. City Link

Servis kurier untuk barang besar

City Link adalah servis kurier yang anda boleh percayai untuk menghantar barang yang besar. Antara servis lain yang ada termasuklah gudang, pengutipan terbalik atau import ekspres, penghantaran domestik ke depan pintu atau penghantaran antarabangsa dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, biar mereka lakukan ‘kerja berat’ untuk anda.

5. GDex

Servis kurier untuk laman web e-dagang yang besar

Apa yang diperlukan oleh pemilik bisnes Malaysia adalah servis kurier yang boleh dipercayai untuk memastikan barang dihantar sampai ke pelanggan mereka pada waktu yang tepat. GDEX adalah servis kurier yang boleh dipercayai untuk penghantaran domestik dan antarabangsa.

Untuk servis ekspres domestik, mereka tawarkan penghantaran yang pantas dan cekap seperti penghantaran hari seterusnya, penghantaran hari sama, servis caj balik dan servis penghantaran semula.

Jila masa anda tidak fleksibel, GDex juga tawarkan pengambilan lewat dan penghantaran awal.

6. FedEx

Servis kurier dengan bungkusan yang bagus

Ianya penting untuk membungkus dan melindungi barang yang mudah pecah ketika proses penghantaran. Jadi, FedEx menawarkan bungkusan dalam bentuk dan saiz berbeza dari sekecil surat hingga ke kotak yang mampu memuatkan 25kg dalam isipadu.

7. DHL

Servis kurier dengan insurans

Perlukan perlindungan ? DHL menawarkan insurans bersama dengan servis penghantaran mereka. Untuk penghantaran domestik dan antarabangsa, insurans dicaj mengikut nilai barang dihantar. Sebagai contoh, anda akan dicaj sebanyak RM50 jika barang anda bernilai RM5,000. Anda tidak lagi perlu bimbang dengan penghantaran melalui DHL.

8. Aramex

Servis kurier dengan COD

Aramex berpegang teguh dengan slogan mereka “penghantaran tanpa had”, tawaran e-dagang, logistik, letak dan hantar termasuklah dengan servis beli dan hantar. Mereka juga ada 3 cara untuk membayar; bayar guna kad kredit, melalui akaun Aramex dan akhir sekali, bayar ketika penghantaran berjadual. Sangat senang!

9. Ta-Q-Bin

Servis kurier untuk makanan beku

Ingin membuat penghantaran makanan beku ? Sekarang, penghantaran makanan beku sudah mudah dengan TA-Q-BIN. Ia sememangnya servis kurier yang unik di Malaysia yang menawarkan servis kurier pada 3 jenis suhu iaitu ambien, sejuk dan beku. Sebelum menghantar, pastikan bungkusan anda tidak melebih 25kg.

10. PGEON

Servis kurier dengan servis rumah ke rumah

Dari serendah RM5, anda sekarang boleh menghantar ke mana- mana tempat di Semenanjung Malaysia menggunakan servis rumah ke rumah mereka. Ringkasnya, hantar dan terima bungkusan anda di pintu rumah. Sangat mudah, bukan ? Anda sebagai pengirim boleh pilih PGEON untuk ambil bungkusan anda di pintu rumah dan hantar ke penerima di pintu rumah mereka.

Jika anda lebih memilih harga berbanding jenis servis-servis yang ditawarkan di atas, anda boleh guna My Parcel Asia!

My Parcel Asia

Penyelesaian untuk servis kurier penghantaran

Tim My Parcel Asis adalah pakar dalam membantu anda dalam membandingkan harga servis penghantaran dengan mudah. Dengan tawaran pada kadar istimewa serendah RM6.50 dengan tiada sekatan isipadu, ia juga menawarkan pemantauan yang mudah tanpa membimbangkan.

Jika anda berfikir untuk mencari servis kurier dengan cepat dan mudah untuk domestik dan antarabangsa, anda boleh pertimbangkan My Parcel Asia untuk liputan seluruh dunia yang diurus oleh pakar-pakar dalam industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *