7 Tempat Air Terjun untuk Mendaki dan Berkhemah di Kuala Lumpur

  • by

Air terjun Kanching

DI mana: Terletak di antara Selayang dan Rawang. Anda boleh letak kenderaan di pintu masuk.

Tahap: Pendakian yang mudah

Positif: Air terjun Kanching adalah air terjun yang terdekat dengan Kuala Lumpur jadi anda tidak perlu memandu jauh dan jika hujan mula turun, ianya senang untuk dapatkan kereta anda. Tempat ini sangat sesuai untuk orang awam dan keluarga di mana ianya disekeliling dengan hutan dan berdekatan dengan Tesco. Di sana juga ada kantin di pintu masuk yang menjual bahan mentah dan makanan.

Negatif: Oleh kerana tempat ini dekat dengan bandar, ianya sering kali dipenuhi pada waktu hujung minggu. Di sana juga ada monyet yang berkeliaran akan mencuri barang anda jika anda tidak berhati-hati. Jangan biarkan monyet mendekati anda seperti memberi makan makanan kepada mereka.

Perkara perlu diambil perhatian: Jika keadaan kelihatan akan hujan, jangan mendaki di tingkat ketujuh air terjun tersebut. Anda tidak akan dapat melihat laluan untuk memijak di mana laluan tersebut dipenuhi air dan ia boleh menjadi bahaya.

Air terjun Sungai Sendat

Di mana: Terletak 5km daripada Ulu Yam Baharu. Anda boleh letak kenderaan di hujung jalan berdekatan dengan jambatan. Dari sana, anda perlu berjalan ke air terjun.

Tahap: Pendakian yang mudah.

Positif: Air terjun Sendat sangat sesuai untuk yang berkeluarga. Tiada pendakian diperlukan, hanya berjalan tiga minit dari tempat letak kenderaan anda dan banyak gerai-gerai makanan untuk anda membeli. Di sana juga tiada monyet atau haiwan-haiwan lain yang akan mengganggu anda.

Negatif: Ia boleh menjadi agak sesak di mana kebanyakan pondok sudah diambil awal dan hanya terdapat beberapa bilik kecil sahaja.

Air terjun Kampung Pertak

Di mana: Terletak di Kuala Kubu Bharu. Jalan keluar hanya 2km daripada tempat yang lebih dikenali iaitu Air terjun Chilling. Ianya hanya 5 minit pendakian ke hutan daripada Kg Pertak.

Tahap: Pendakian yang sedikit mencabar.

Positif: Air terjun Kg Pertak (ataupun Sungai Pertak) dibuka 24/7, 7 hari dalam seminggu. Kawasan ini dijaga oleh seorang lelaki Orang asli yang cukup mesra dan akan membantu apa yang anda perlukan. Dia juga boleh membantu anda nyalakan api. Kg Pertak adalah kawasan yang agak terpencil jadi sudah menjadi rutin kegemaran dia untuk bawakan pemberian kecil dari bandar seperti minuman ringan dan susu pekat.

Perkara yang perlu diambil perhatian: Ini lebih sesuai untuk pendaki yang berpengalaman dan bagi mereka yang sukakan perkhemahan. Tiada ranger dan tanda amaran, jadi anda perlu memiliki naluri arah yang asas di mana anda mungkin akan sesat.

Air terjun Chilling

Di mana: Terletak 21 kilometer dari Kuala Kubu Bharu yang selari ke arah Gunung Gap.

Tahap: Pendakian yang sedikit mencabar.

Positif: Dianggap sebagai air terjun yang paling menakjubkan di Selangor dan mempunyai banyak kolam yang dalam untuk berenang.

Perkara yang perlu diambil perhatian: Air terjun Chilling dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Selangor dengan sebahagian kawasan digunakan untuk penyelidikan. Hasilnya, ianya hanya dibuka kepada awam pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Untuk sampai ke air terjun utama anda perlu melintasi enam sungai. Air di situ dalam dan arus boleh menjadi kuat tapi ianya tidak membahayakan. Jangan mendaki hingga ke puncak jika keadaan menjadi hujan di mana banjir boleh berlaku dengan cepat. Anda akan diperlukan untuk mendaftar untuk mendaki ke puncak air terjun dan perlu turun sebelum pukul 5.30 petang. Tempat perkhemahan terletak berdekatan dengan dasar air terjun.

Air terjun Lepoh

Di mana: Terletak kira-kira 15 km dari utara Ulu Langat, berdekatan dengan Kg Pangsun

Tahap: Pendakian yang sedikit mencabar hingga boleh menjadi mencabar

Positif: Lepoh mempunyai banyak kolam yang dalam untuk berenang dan juga ada dusun durian termasuklah hutan buluh yang menuju ke air terjun. Lepoh merupakan tempat kurang dikenali yang kebanyakannya hanya dikunjungi oleh pendaki-pendaki berpengalaman.

Perkara yang perlu diambil perhatian: Anda akan mendaki bukit sejauh 4km untuk sampai ke air terjun Lepoh dengan ketinggian 350m. Ianya berbaloi kerana anda akan melihat hutan yang tidak terjejas dan persekitaran yang indah. Di sini tiada kemudahan, jadi hanya berkhemah sahaja.

Gunung Tahan

Di mana: Terletak di hutan Taman Negara, di negeri Pahang. Kira-kira 46km pendakian di mana anda letak kenderaan dan daftar di Sungai Relau.

Tahap: Pendakian hanya untuk yang berpengalaman

Positif: Gunung Tahan merupakan salah satu puncak yang paling curam di Asia dan memilik puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia pada 2,187m. Anda boleh memilih untuk mendaki selama 2 hari tetapi itu hanya untuk yang betul-betul berpengalaman sahaja. Jadi, anda perlu bersiap sedia sebaik mungkin dan pastikan anda membawa lampu kalis air dengan bateri simpanan. Anda juga perlu memiliki asas kemahiran survival, navigasi yang bagus, ilmu yang betul untuk menghadapi sesuatu keadaan dan juga kit kecemasan awal yang diubahsuai.

Taman Negara

Di mana: Perjalanan 3 jam dari Kuala Lumpur ke jeti Kuala Tembeling. Selepas itu, perjalanan menaiki bot selama 2 jam 30 minit ke Kuala Tahan di pintu masuk Taman Negara.

Tahap: Berdasarkan jenis aktivti yang anda pilih

Positif: Anda boleh memilih dari pelbagai jenis aktivti sedia ada; meneroka hutan, laluan kanopi, berjalan di dalam hutan pada waktu malam dan juga ada banyak tempat untuk melihat haiwan-haiwan yang tinggal di situ.

Negatif: Ia boleh menjadi tempat pelancongan yang lebih menarik dan agak mahal jika anda gabungkan kos pengangkutan, kemudahan (jika perlu) dan kemasukan.

Perkara yang perlu diambil perhatian: Anda tidak boleh meneroka secara bersendirian. Juru pandu akan dilantik untuk anda untuk tunjukkan kawasan sekeliling bergantung apa pilihan aktiviti anda. Denda berjumlah besar boleh dikenakan jika undang-undang Taman Negara tidak dipatuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *